Rabu, 3 Oktober 2012

Contoh RPH Literasi (kelas pemulihan )


PERSEDIAAN RANCANGAN HARIAN
LITERASI

CONTOH 1

Minggu: _______                                       Hari: __________                                   Tarikh:__________

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas                :  Tahun 2 Arif                                                                        Masa :  10.00 – 11.00 pagi

Tema/Tajuk    :    Persekitaran Saya / Perkataan KV+KV

Kemahiran
1.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV
2.1 Membina dan menulis perkataan mengandungi suku kata KV+KV


Objektif    : 
  1. Kumpulan 1 - murid boleh mengeja dan membaca 3 daripada 4 perkataan berdasarkan gambar
  2. Kumpulan 2 – murid boleh membaca 6 daripada 8 perkataan yang dicerakinkan.
  3. Kumpulan 3 – murid boleh membaca dan menulis 12 daripada 15 perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV

Aktiviti     :   
Kumpulan 1 –   
i                rakan murid menunjukkan gambar dan kad perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV.
ii              Murid mengeja dan membaca kad-kad perkataan tersebut berdasarkan gambar dengan bimbingan guru.
iii       murid mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV secara latih tubi (merujuk Modul Murid Tahun 2 – Literasi Tahun 2, muka surat 1)(Modul Guru Literasi Tahun 2 – muka surat 3)                
iv             murid mengeja dan membaca dengan bimbingan rakan Kumpulan 3
v        Murid menulis semula 4 perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV berdasarkan gambar.

            Kumpulan 2 -     
i.              Murid diberikan 8 keping kad gambar dan menamakan objek dalam gambar tersebut.
ii.            Murid mencerakinkan kad suku kata perkataan KV+KV dengan bimbingan guru.
iii.        Murid mengeja dan membaca perkataan KV+KV yang telah dicerakinkan secara latih tubi (rujuk Modul Murid, muka surat 2 dan Modul Guru, muka surat 4).
iv.        Murid mengisi tempat kosong dengan suku kata yang membentuk perkataan KV+KV   yang telah dipelajari.

          

             Kumpulan 3 –    
i.     Murid diberikan 15 kad perkataan KV+KV untuk dibaca secara bergilir-gilir  dalam kumpulan dan membimbing satu sama lain – pemantauan guru
ii.            Murid membaca perkataan-perkataan KV+KV di hadapan guru (rujuk Modul Murid,
         muka surat 3 dan Modul Guru, muka surat 5) .               
iii.          Murid melengkap teka silang kata secara bertulis berdasarkan gambar.
iv.           Membimbing rakan Kumpulan 1 mengeja dan membaca perkataan KV+KV

BBM – Kad gambar, kad perkataan Modul Murid Literasi Tahun 2, Lembaran kerja

Impak      : 
Kumpulan 1 :  2 daripada 4 murid telah dapat mengeja dan membaca 3 daripada 4 perkataan  
                         berdasarkan gambar
Kumpulan 2 :  2 daripada 3 murid boleh membaca 6 daripada 8 perkataan yang dicerakinkan.
Kumpulan 3 :  3 daripada 4 murid boleh membaca dan menulis 12 daripada 15 perkataan                                                             
yang mengandungi suku kata KV+KV
                          



2 ulasan:

  1. cikgu Roselina ,saya share bahan ini sangat bermanfaat untuk guru tahun satu seperti saya .

    Daripada cikgu Manisah.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu..

    BalasPadam