Jumaat, 28 Disember 2012

Mutiara Kata - Pencetus Minda

MUTIARA KATA DARIPADA TOKOH-TOKOH TERNAMA INI DIHARAPKAN DAPAT MEMANDU PARA PELAJAR AGAR LEBIH BERFIKIRAN KREATIF DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN .

Carl Jung

  • Ilmu pengetahuan bukanlah hanya bersandar pada kebenaran sahaja, tetapi juga kepada kesilapan .
Chambers
  • Buku itu ialah penasihat yang kekal .
  • Membaca ialah satu hobi yang boleh didapati dengan perbelanjaan yang sedikit . 
Donton
  • Pendidikan merupakan keperluan utama rakyat selepas makanan . 
Imam Hambali
  • Aku menuntut ilmu hingga aku masuk ke lubang kubur .
Imam Syafie
  • Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan kepadanya . 
  • Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada berbuat ibadat sunat . 
  • Peti ilmu itu dada , peti perkataan di lidah , peti fikiran di akal , peti bodoh itu jahil . 
Peribahasa Acheh
  • Kerajinan kerapkali menjadi pangkal kejayaan . 

Khamis, 20 Disember 2012

Strategi Pengajaran Matematik Pemulihan



         Assalammualaikum , kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai strategi pengajaran matematik kepada semua pengunjung blog ini . Sekian terima kasih , harap maklumat ini dapat memberi serba sedikit ilmu .


STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK

D.Lumb (1980) dalam majalahnya ‘ Mathematics in School’ Vol : 9 No.3 May 1980, ‘ tidak ada satu cara atau formula tertentu untuk menjawab soalan’. “ Bagaimana hendak mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik?” Mungkin satu pendekatan sesuai kepada murid ‘A’ tetapi tidak dapat difahami oleh murid ‘B’. Walau bagaimanapun beberapa garis panduan boleh digunakan untuk mengatasi kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik. Di antaranya ialah:-
  1. Pada peringkat permulaan, mengenal konsep nombor kepada kanak-kanak mestilah menggunakan benda maujud yang sebenar yang ada di persekitarannya. Apabila konsep ini dapat dikuasai dan difahami, maka ia hendaklah digunakan secara praktik dalam keadaan seharian
  2. Lambang-lambang dan tanda-tanda dalam matematik hendaklah jangan diperkenalkan di peringkat awal. Kanak-kanak tersebut perlulah memahami nilai dan proses untuk mendapatkan benda tersebut
  3. Kesediaan amat penting jika kita berkehendakkan pembelajaran secara efektif . Oleh itu langkah-langkah kecil tertentu perlu diambil kira untuk menyediakan kanak-kanak tersebut untuk langkah selanjutnya dengan mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran yang lalu dengan tahap yang ada sekarang
  4. Latihan-latihan adalah perlu tetapi latihan yang diberi mestilah difahami dengan jelas dan kukuh. Cara yang selalu dilakukan ialah :-
l A. Buat……………………. Do
l B. Fahamkan…………….. Understand
l C. Mahirkan……………… Practices
l D. Kukuhkan……………... Consolidate
l E. Mengingatkan………… Memorise
  1. Kerja-kerja lisan perlu ditegaskan disemua peringkat. Oleh kerana daya ingatan kanak-kanak amat terhad maka pengulangan yang kerap mesti di lakukan.
  2. Apabila menggunakan alatan, guru haruslah mengambil perhatian bahawa tumpuan perhatian kanak-kanak tidak tertumpu pada operasi alat tersebut, tetapi hendaklah dititik beratkan kepada konsep-konsep yang diperkenalkan.
  3. Penggunaan benda-benda maujud hanya sebagai titian untuk membawa kanak-kanak tersebut dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Matlamat terakhir dalam pengajaran matematik adalah ke arah keupayaan berfikir dan menggunakan secara abstrak. Oleh itu latihan-latihan perlu diberikan ke arah matlamat tersebut.
Alatan diperlukan dalam pengajaran matematik
l Alatan memainkan peranan penting untuk menimbulkan minat dalam pengajaran khususnya matematik. Oleh itu untuk menyampaikan pengajaran dan mengenalkan satu konsep kepada kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran khususnya matematik maka alatan perlu digunakan sebagai satu cara untuk menjadikan matematik menarik dan menyeronokkan.
Lembaran kerja
Pengajaran matematik tidak akan lengkap sekiranya murid tidak membuat atau diperkenalkan sesuatu konsep. Lembaran kerja yang diberi kepada murid mestilah berperingkat-peringkat mengikut kemampuan murid tersebut. Dengan itu murid tidak akan merasa jemu dan ini boleh menjadikan pelajaran matematik sebagai satu perkara yang mencabar, menimbulkan minat dan menyeronokkan
Kaedah pengajaran
l Dari segi teknik dan aktiviti yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu.
l Dari segi bahan pula, aktiviti ini hendaklah menekankan penggunaan bahan yang pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua derianya waktu berinteraksi dengan bahan tersebut. Kaedah pengajaran boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut :-
a. Pengajaran individu.
b.Pengajaran kumpulan kecil.
c. Pengajaran rakan sebaya.
Pengajaran individu
Guru menumpukan pemerhatian kepada seseorang murid yang tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan
Pengajaran Kumpulan kecil
Guru membentuk kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama . Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Pengajaran kumpulan sebaya
l Guru oleh tetapkan murid cepat untuk membimbing seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang telah guru tetapkan.
Prinsip ABM
l Benda maujud.
l Mudah didapati dari kawasan sekeliling.
l Beranika.
l Banyakkan menggunakan bahan terbuang.
l Ketahanan.
l Banyak menggunakan pancaindera.
l Berwarna-warni.
l Saiz – sesuai dengan pengajaran perseorangan, kumpulan.
l Ada dalam pengalaman murid – seperti bentuk yang murid ketahui.
l Warna – warni’
l Banyak benda-benda maujud dari bentuk carta.
Kaedah penggunaan alatan
  1. Belajar secara formal.
  2. Menanam minat murid.
  3. Kefahaman lebih jelas.
  4. Belajar hidup bermasyarakat.
  5. Kebebasan berfikir dan melakukan kerja.
  6. Tidak membosankan.
  7. Dapat menumpukan perhatian kepada murid secara perseorangan.
  8. Suasana kelas sihat dan riang.
  9. Membentuk sikap positif belajar.
  10. Murid belajar secara bermain (alatan sangat diperlukan)
Alatan Matematik untuk :
Pra Nombor
l Pembilang.
l Set bentuk.
l Set warna.
l Kad gambar menunjukkan besar dan sama besar.
l Kad gambar menunjukkan bilangan banyak.
l Kad gambar menunjukkan bilangan sedikit.
l Kad gambar menunjukkan sama banyak.
l Dulang pasir.
l Kad latihan.
Nombor
l Pembilang.
l Kad nombor.
l Kad nilai angka.
l Carta turutan nombor.
l Kad nombor susunan menaik.
l Kad nombor susunan menurun.
l Kad nombor sebelum dan selepas.
l Kad latihan.
Operasi Tambah dan Tolak
l Kad simbol.
l Pembilang.
l Kad nombor.
l Kad latihan.
Operasi Darab
l Pembilang.
l Kad simbol.
l Kad nombor.
l Kad imbasan.
l Kad latihan.
l Carta sifir.

Khamis, 13 Disember 2012

Mari mewarna gambar








Assalammualaikum semua :) Dalam post kali ini , saya membawa kepada semua pengunjung untuk melihat beberapa bahan yang boleh digunakan untuk mewarna . Gambar ini boleh didapati di mana-mana sahaja dan gambar mewarna ini boleh dihasilkan sendiri oleh pelajar pelajar sekolah . Untuk pengetahuan umum , dengan mewarna kita dapat melembutkan tangan kita dan otak kita akan berkembang maju dengan melihat warna-warna yang telah digunakan untuk mewarna . Oleh itu , warna dan mewarna boleh digunakan dalam sesi pelajaran dan pembelajaran . Sekian terima kasih . :)

                                                 
                                                   



Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

Untuk maklumat pengunjung , gambar di bawah ini dalah Carta Aliran Proses Pelaksanaa Program Pemulihan Khas . Harap Maklum , Terima kasih :)


Ahad, 2 Disember 2012

Mari Belajar Matematik

Assalammualaikum :) kepada semua pengunjung . Kali ini entry saya dipenuhi dengan dua video pendek mengenai pembelajaran matematik . Jom mari kita belajar :)



 


Isnin, 26 November 2012

Video Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


Salam :) Bangsa yang suka membaca adalah bangsa yang berjaya . Hal ini kerana , bangsa yang banyak membaca mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara . Manusia yang banyak membaca , banyaklah faedah yang dia perolehi . Manakala manusia yang kurang membaca , kuranglah benda yang dia perolehi . Oleh itu , sebagai manusia kita mestilah kena banyak membaca sekiranya kita hendak berjaya pada masa hadapan kelak . :)



Sabtu, 17 November 2012


PENDAHULUAN
    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

MENYUSUN STRATEGI       
  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  1. Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID-MURID
1.      Pemerhatian.
2.      Temubual / soal selidik.
3.      Hasil kerja murid.
4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6.      Ujian diagnostik.
7.      Ujian bulanan.




CIRI-CIRI MURID  PEMULIHAN KHAS

1. Emosi dan Tingkahlaku
§  Perasaan rendah diri.
§  Perasaan risau.
§  Perasaan sedih, hiba atau duka.
§  Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
§  Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
§  Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
§  Pasif.
§  Malas

2. Sosial
§  Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
§  Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
§  Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
§  Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
§  Menangis – enggan masuk darjah.
§  Hyper aktif.

3. Kesihatan
§  Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
§  Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
§  Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
§  Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
§  Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
§  Kurang menjaga kebersihan diri.

4. Kesediaan Belajar
§  Belum bersedia untuk belajar.
§  Perbendaharaan kata kurang.
§  Lemah pemahaman.
§  Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
§  Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5. Pengamatan
§  Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
§  Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
§  Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
§  Lambat mengkelaskan benda.
§  Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
§  Tidak dapat menyelesaikan masalah.
§  Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
§  Tidak kreatif.
§  Lemah pergerakan dan perbuatan.
§  Lemah daya pemikiran/ingatan.
§  Tidak boleh mengingat kembali.

6. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
1.       Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2.      Rekod-rekod prestasi
3.      Rekod kesihatan
4.      Kerja-kerja harian murid
5.      Melalui pemerhatian
6.      Punca-punca lain yang diperolehi

Jumaat, 16 November 2012

Senarai Tugas dan Peranan Guru Pemulihan Khas



 Apa yang saya catatkan di sini adalah berkaitan dengan bidang tugas Guru Pemulihan Khas/Guru Khas Pemulihan sebelum wujudnya program LINUS pada tahun 2010. Setelah adanya program LINUS, bidang tugas guru pemulihan khas telah bertambah di mana guru pemulihan khas juga berperanan mengajar murid-murid LINUS kategori tegar ( tidak menguasai konstruk 1 dan 2). Murid- murid kategori ini adalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengenal abjad dan suku kata KV.

 Catatan tentang senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini berdasarkan dua sumber rujukan iaitu:

1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 2. Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
Terdapat sedikit perbezaan jumlah waktu mengajar seminggu bagi guru pemulihan khas jika merujuk kepada kedua-duanya.

 SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS
 Catatan senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
 5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid - murid.

 Agihan waktu mengajar guru pemulihan khas adalah seperti berikut:
 Tahun                                  Mata pelajaran                                                       Jumlah                                                                                                                                                      
                             Bahasa Melayu                          Matematik                                                1

2                         8 kali x 30 minit=240            7 kali x 30 minit=210                      450 minit                                
3                         8 kali x 30 minit=240            7 kali x 30 minit=210                      450 minit   Jumlah                                            480 minit                            420 minit              900 minit                              

*900 minit + 120 minit (waktu persediaan) = 1020 minit seminggu
 Waktu Panduan dan Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar.              

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut :
1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengemas kini rekod-rekod
4. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.
5. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid.
6. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

 TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS 
 Catatan ini pula adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
A. Senarai tugas 
 1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3.
 2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:
• Mengenal pasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas
• Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan.
 • Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan
• Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan
. 3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas.
 4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan.
 5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
 6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan.
 7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.

 B. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut:
 • Masa untuk mengajar – 990 minit
 • Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul Waktu)
• Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah yang berkenaan. Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:
• Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid
 • Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
 • mengemas kini rekod-rekod
 • Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
 • Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa
• Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid
• Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran
• Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid

 PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS 
 1) Peranan Penilaian (Assessment Role)
 • Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
 • Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
 • Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.
 2) Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
• Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
 • Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.
 3) Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
 • Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
 • Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
 • Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.
 4) Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
• Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
 • Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.
 5) Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan:
 • Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
 • Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
 • Ibu bapa dan waris
 • Masyarakat
 • Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.
 6) Peranan Kaunseling (Counseling Role)
• Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman
 • Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
 7) Peranan Advokasi (Advocative Role)
• Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
 • Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.

Rabu, 7 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012



Majlis yang menjadi agenda wajib dalam taqwim tahunan sekolah ini menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar. 















Jumaat, 2 November 2012

Saringan literasi dan numerasi


Saringan literasi tiga kali setahun di sekolah
KANAK-kanak akan melalui tiga saringan setahun, bertujuan mengenal pasti sama ada mereka perlu mengikuti program Literasi dan Numerasi (LINUS) jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran.
Saringan akan dibuat pada Mac, Jun dan September.
Mengikut dokumen Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju – Ringkasan Eksekutif, tujuan program itu adalah untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah.
Bagi tujuan itu, modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk dengan konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari.
Latihan hampir 17,000 guru untuk mengajar modul baru LINUS juga telah berlangsung sejak November tahu lepas dan awal tahun ini.
Sehubungan itu, pemantauan dan penyelesaian intensif ke atas kira-kira 100 peratus sekolah yang tercorot oleh para pegawai dan pendidikan di peringkat negeri dan daerah akan dibuat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi memantapkan lagi program, fasilitator pakar yang dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru literasi dan numerasi sekolah.

Rabu, 31 Oktober 2012

Indahnya Bahasa




          Mari mengenal pantun

                                            Teraju muncul rajin petani,
                Mula terbuka dalam sejarah;                             
          Tunku Abdul Rahman yakin berani,
                Bapa merdeka kalam bertuah.

          Pijak bara di dusun kota,
                Masak petis kundur sebelah;
          Bijak bicara menyusun kata,
                Desak British undur mengalah.

       
                        Bela talapia selar tenggiri,
                                                  Tukun rosak jeti binasa;
                                              Bapa Malaysia Moden gelar diberi,
                                                   Tun Abdul Razak nadi bangsa.

                                               Bahasa luhur kekal di tangan,
                                                     Madah sajak mutiara hikmat;
                                                Bangsa mundur cekal dimajukan,
                                                      Ramah bijak mesra berkhidmat.




Bunga saya jiwa perkasa,
           Merah segar ilhamkan kalam;
Bunga raya bunga bangsa,
                        Megah mekar warnakan alam.

Warna muda sedia menawan,
                        Merah putih juga jingga;
Wangi tiada bunga kebangsaan,
                        Megah bersih rasa bangga.