NOTA/LATIHAN

Kata Sendi Nama
1. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
2. Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama.
3. Kata sendi nama ini hendaklah dipisahkan dari perkataan yang mengikutinya.
4. Kata sendi nama terdiri daripada:
     a) di
         -untuk menunjukkan tempat sahaja - contoh : Rumah saya terletak di Taman
           Matahari.
     b) kepada
         -untuk menunjukkan penerima ialah orang atau haiwan
         -ditujukan kepada sesuatu institusiyang dipunyai manusia
          contoh: i) Aina mengirim surat kepada ayahnya.
                     ii) Permohonan itu ditujukan kepada Berita Harian.
      c) pada 
          -untuk menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan, keterangan tentang waktu dan
            konsep.
          contoh: i) Perhimpunan diadakan pada hari Isnin.
                     ii) Gambar itu digantungkan pada dinding rumahnya.
      d) dari
           -untuk menunjukkan tempat atau arah asal sesuatu atau tempat
           -bermulanya sesuatu perkara
            contoh : Dia berasal dari Semenyih
      e) daripada
          -untuk menunjukkan punca dan asal kejadian sesuatu
          -untuk menunjukkan perbezaan dan keanggotaan
           contoh: i) Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati.
                      ii) Siti lebih tinggi daripada Lela.
                     iii) Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun tiga.
       f) ke
           -untuk menunjukkan tempat atau arah dituju
           -untuk menunjukkan masa atau waktu.
            contoh: i) Kakak pergi ke kedai.
                       ii) Perlawanan itu ditunda ke tarikh yang lain.
       g) oleh
           -untuk menunjukkan perlakuan pasif dengan pembuatnya
           -membawa maksud sebab
            contoh: i) Seluar itu dijahit oleh Mak Temah.
                       ii) Nelayan itu terbunuh oleh tusukan ekor ikan pari yang berbisa itu.
       h) dengan
           -membawa maksud bersama-sama bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu
             sebagai alat.
             contoh: Pak Zul mengetuk paku dengan penukul.

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
   
       Ibu sedang duduk _______ serambi rumah.  Dia sedang membaca sepucuk surat yang baru diterima ________ kakak yang sedang menuntut _______ luar negara. _________ dalam surat tersebut  kakak telah memaklumkan bahawa dia akan pulang __________ Malaysia _________ bulan    Disember nanti.
       Abang pula telah disuruh __________ ayah supaya mengirim sepucuk surat _______ adik yang  sedang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh _______ Terengganu.  Abang telah pergi _______ pejabat pos berhampiran___________ menggunakan basikal.

Latihan 2 

Baca dengan teliti ayat yang diberi dan tuliskan (betul) untuk ayat yang betul dan tulis kan (salah) untuk ayat yang salah.

1. Perabot itu diperbuat dari kayu jati.  (        )
2. Bola itu ditendang daripada penjuru padang.(       )
3. Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul lapan pagi hingga pukul tiga petang.(        )
4. Mereka memulakan kerja pembersihan daripada sudut kanan dewan itu. (           )
5. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.                          (       )
6. Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu.  (               )
7. Jarak rumahnya dari sini lebih kurang 2 kilometer sahaja.          (               )
8. Ali tidak sedarkan diri daripada pukul tiga petang sampai pukul tujuh malam.(               )
9. Para peserta terdiri dari murid-murid tahun tiga.            (                )
10.Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.(       )

Latihan 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1.  Cikgu Daud hadir _________ sekolah _________ pukul 7 pagi.
     A  ke ...dari
     B  di ... pada
     C  ke ... pada
     D  di .... hingga

2.  Husna lebih tinggi __________ kakaknya, Mardiah.
     A  dari
     B  pada
     C  dengan
     D  daripada

3.  Tembakan pemburu itu kena tepat _____________ sasarannya iaitu seekor rusa.
     A  di
     B  ke
     C  pada
     D  kepada

4.  Ibu telah membeli sebiji kek ___________ menyambut hari lahir adik.
     A  untuk
     B  pada
     C  di
     D  kepada

5.  Keadaan kampung itu telah berubah jika dibandingkan __________ dahulu.
     A  dari
     B  dengan
     C  pada
     D  daripada


Latihan 4

 Kata Sendi Nama

di
ke
kepada
hingga
pada
dari
daripada
dengan
untuk




1. Azmi berazam (                         ) ke menara gading.

2. Surat itu diterima (                        ) kawannya yang tinggal  di Sarawak.

3. Bunga hiasa itu diperbuat (                        ) daun getah.

4. Pertandingan itu ditangguhkan (                  ) minggu hadapan.

5. Orang tua itu tinggal (                       ) hujung kampung.

6. Emak menuangkan air (                     ) dalam cawan.

7. Murid baharu kelas saya berasal (                      ) Pulau Pinang.

8. Jam dinding yang baru dibeli disangkut (                    ) dinding.

9. Encik Rashid ke pejabat dengan (                       )  kereta.

10. Majlis itu berlangsung (                 ) pukul 8.00 pagi (                    ) pukul 12.00 tengah hari.

11. Almari itu diperbuat (                     ) kayu yang bermutu tinggi.

12. Melvin menyerahkan buku rekod prestasinya (                    ) ayah.

13. Emak meletakkan ayam yang baru digoreng itu (                 ) atas meja.

14. Aini tidak hadir (                      ) hari ini.

15. Ah Seng terjatuh (                     ) pokok rambutan di belakang rumahnya.

16. Murid itu membuang sampah (                ) dalam tong sampah.

17. Adik tidur (                 ) pukul 10.00 malam tadi.

18. Kamarul memancing ikan (                       ) kawan baiknya.

19. Ayah memukul ular sawa itu (                     ) sebatang kayu.

20.  Muthu membuat kad harijadi itu khas (                 ) ibunya.


Latihan 5

Soalan 1 hingga Soalan 5  
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan A, B,atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan. Tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat yang berkenaan. 

1. Cerita tentang pengalaman hidupnya di rantau orang yang ditulis di buku itu 
                   A                                           B                                          C
sungguh menyedihkan.  Tiada kesalahan.
                                                      D

2. Majlis pertunangan antara Farid dan Kartina berlangsung di  kediaman 
                                       A                B                                    C
keluarga Kartina di Seri Kembangan. Tiada kesalahan.
                                                                            D

3.Encik Kumaran dan isterinya sangat sukakan gulai kari ayam yang dimasak
                               A                                      B                                         
 oleh orang gaji mereka.  Tiada kesalahan.
   C                                                  D

4. Pada karnival tersebut, orang ramai berpeluang untuk bertemu dan beramah
       A                                                                             B                   C
 mesra dengan personaliti pujaan mereka. Tiada kesalahan.
                                                                                   D

5. Kedua-dua orang pensyarah itu sedang rancak memperkatakan tentang gejala
                                                              A                                                 B          C
 sosial yang sedang melanda masyarakat negara kita.  Tiada kesalahan.
                                                                                                         D


Soalan 6 hingga Soalan 8
Sebahagian daripada ayat-ayat di bawah ini telah digarisi. Bahagian yangbergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa ataumungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagianyang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B,atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 

  


6.
Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari telah dimasuki pencuri semalam.

A.
Pejabat Encik Daud  terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari

B.
Pejabat Encik Daud yang terletak sebelah Kompleks Daya Sari

C.
Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Daya Sari

D.
Pejabat Encik Daud yang terletak bersebelahan Kompleks Daya Sari


7.
Sebaik saja saya tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuaratyang dijadualkan berlangsung pada hari tersebut telah dibatalkan.

A.
Sebaik saja saya tiba di sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

B.
Sebaik saja saya tiba  sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

C.
Sebaik saja tiba, saya ke sana saya telah diberitahu bahawa mesyuarat

D.
Sebaik saja saja tiba ke sana, saya telah diberitahu bahawa mesyuarat


8.
Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana wajah kedua-dua mereka serupa.

A.
Saya sukar membezakan antara Talib dengan kembarnya kerana wajah

B.
Saya sukar membezakan antara Talib daripada kembarnya kerana wajah

C.
Saya sukar membezakan di antara Talib dan kembarnya kerana wajah

D.
Saya sukar membezakan antara Talib dan kembarnya kerana wajah  

Soalan 9 dan Soalan 10  
Pilih ayat atau ayat-ayat yang 
betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.  


9.
I
Oleh kerana demam, Hasni tidak pergi ke sekolah.

II
Hadiah ini akan diberikan kepada pemenang pertandingan itu.

III
Acara yang gilang-gemilang itu berlangsung hingga petang.

IV
Kursus yang ditawarkan bersesuaian minat saya.



A. B. C. D.
I dan II sahaja
II dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
I, II, III, dan IV

10.
I
Saleh dan rakan-rakannya sedang berbincang tentang pelajaran mereka.

II
Bas itu akan bertolak dari sini pada pukul 10.00 malam.

III
Beg tangan itu mahal kerana dibuat daripada kulit buaya.

IV
Ayah pergi pejabat dengan menumpang kereta Encik Maniam.



A.
B.
C.
D.
I dan III sahaja
II dan III sahaja
I, II, dan III sahaja
I, II, III, dan IV  





9 ulasan:

  1. cikgu saya dah buat latihan ni. boleh tambah lagi tak ?

    BalasPadam
  2. Bagus Wany, cikgu akan tambah lagi latihan. Jangan lupa jawab ye...

    BalasPadam
  3. cikgu, senang sngt la lthn nie....bg la yang susah sikit

    BalasPadam
  4. Terima kasih Syazni, cikgu akan buat soalan yang lebih mencabar ....

    BalasPadam
  5. Latihan Matematik untuk murid pemulihan tak ada ke ?

    BalasPadam
  6. salam. .
    latihan ini hanya untuk murid pemulihan sahaja kew?

    BalasPadam
  7. salam. .
    cikgu,saya dah jawab latihan ini. .
    boleh cikgu tambah lagi. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus Amiratul.. dah jawab semua soalan ke? Sabar ye cikgu akan tambah lagi soalan....

      Padam
  8. Latihan ni sesuai untuk murid pemulihan yang dah boleh membaca ye...

    BalasPadam