STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK
D.Lumb (1980) dalam majalahnya ‘ Mathematics in School’ Vol : 9 No.3 May 1980, ‘ tidak ada satu cara atau formula tertentu untuk menjawab soalan’. “ Bagaimana hendak mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik?” Mungkin satu pendekatan sesuai kepada murid ‘A’ tetapi tidak dapat difahami oleh murid ‘B’. Walau bagaimanapun beberapa garis panduan boleh digunakan untuk mengatasi kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik. Di antaranya ialah:-
- Pada peringkat permulaan, mengenal konsep nombor kepada kanak-kanak mestilah menggunakan benda maujud yang sebenar yang ada di persekitarannya. Apabila konsep ini dapat dikuasai dan difahami, maka ia hendaklah digunakan secara praktik dalam keadaan seharian
- Lambang-lambang dan tanda-tanda dalam matematik hendaklah jangan diperkenalkan di peringkat awal. Kanak-kanak tersebut perlulah memahami nilai dan proses untuk mendapatkan benda tersebut
- Kesediaan amat penting jika kita berkehendakkan pembelajaran secara efektif . Oleh itu langkah-langkah kecil tertentu perlu diambil kira untuk menyediakan kanak-kanak tersebut untuk langkah selanjutnya dengan mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran yang lalu dengan tahap yang ada sekarang
- Latihan-latihan adalah perlu tetapi latihan yang diberi mestilah difahami dengan jelas dan kukuh. Cara yang selalu dilakukan ialah :-
l A. Buat……………………. Do
l B. Fahamkan…………….. Understand
l C. Mahirkan……………… Practices
l D. Kukuhkan……………... Consolidate
l E. Mengingatkan………… Memorise
- Kerja-kerja lisan perlu ditegaskan disemua peringkat. Oleh kerana daya ingatan kanak-kanak amat terhad maka pengulangan yang kerap mesti di lakukan.
- Apabila menggunakan alatan, guru haruslah mengambil perhatian bahawa tumpuan perhatian kanak-kanak tidak tertumpu pada operasi alat tersebut, tetapi hendaklah dititik beratkan kepada konsep-konsep yang diperkenalkan.
- Penggunaan benda-benda maujud hanya sebagai titian untuk membawa kanak-kanak tersebut dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak. Matlamat terakhir dalam pengajaran matematik adalah ke arah keupayaan berfikir dan menggunakan secara abstrak. Oleh itu latihan-latihan perlu diberikan ke arah matlamat tersebut.
Alatan diperlukan dalam pengajaran matematik
l Alatan memainkan peranan penting untuk menimbulkan minat dalam pengajaran khususnya matematik. Oleh itu untuk menyampaikan pengajaran dan mengenalkan satu konsep kepada kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran khususnya matematik maka alatan perlu digunakan sebagai satu cara untuk menjadikan matematik menarik dan menyeronokkan.
Lembaran kerja
Pengajaran matematik tidak akan lengkap sekiranya murid tidak membuat atau diperkenalkan sesuatu konsep. Lembaran kerja yang diberi kepada murid mestilah berperingkat-peringkat mengikut kemampuan murid tersebut. Dengan itu murid tidak akan merasa jemu dan ini boleh menjadikan pelajaran matematik sebagai satu perkara yang mencabar, menimbulkan minat dan menyeronokkan
Kaedah pengajaran
l Dari segi teknik dan aktiviti yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu.
l Dari segi bahan pula, aktiviti ini hendaklah menekankan penggunaan bahan yang pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua derianya waktu berinteraksi dengan bahan tersebut. Kaedah pengajaran boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut :-
a. Pengajaran individu.
b.Pengajaran kumpulan kecil.
c. Pengajaran rakan sebaya.
Pengajaran individu
Guru menumpukan pemerhatian kepada seseorang murid yang tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan
Pengajaran Kumpulan kecil
Guru membentuk kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama . Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
Pengajaran kumpulan sebaya
l Guru oleh tetapkan murid cepat untuk membimbing seorang atau lebih rakannya yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang telah guru tetapkan.
Prinsip ABM
l Benda maujud.
l Mudah didapati dari kawasan sekeliling.
l Beranika.
l Banyakkan menggunakan bahan terbuang.
l Ketahanan.
l Banyak menggunakan pancaindera.
l Berwarna-warni.
l Saiz – sesuai dengan pengajaran perseorangan, kumpulan.
l Ada dalam pengalaman murid – seperti bentuk yang murid ketahui.
l Warna – warni’
l Banyak benda-benda maujud dari bentuk carta.
Kaedah penggunaan alatan
- Belajar secara formal.
- Menanam minat murid.
- Kefahaman lebih jelas.
- Belajar hidup bermasyarakat.
- Kebebasan berfikir dan melakukan kerja.
- Tidak membosankan.
- Dapat menumpukan perhatian kepada murid secara perseorangan.
- Suasana kelas sihat dan riang.
- Membentuk sikap positif belajar.
- Murid belajar secara bermain (alatan sangat diperlukan)
Alatan Matematik untuk :
Pra Nombor
l Pembilang.
l Set bentuk.
l Set warna.
l Kad gambar menunjukkan besar dan sama besar.
l Kad gambar menunjukkan bilangan banyak.
l Kad gambar menunjukkan bilangan sedikit.
l Kad gambar menunjukkan sama banyak.
l Dulang pasir.
l Kad latihan.
Nombor
Nombor
l Pembilang.
l Kad nombor.
l Kad nilai angka.
l Carta turutan nombor.
l Kad nombor susunan menaik.
l Kad nombor susunan menurun.
l Kad nombor sebelum dan selepas.
l Kad latihan.
Operasi Tambah dan Tolak
l Kad simbol.
l Pembilang.
l Kad nombor.
l Kad latihan.
Operasi Darab
l Pembilang.
l Kad simbol.
l Kad nombor.
l Kad imbasan.
l Kad latihan.
l Carta sifir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan