Saringan literasi tiga kali setahun di sekolah
KANAK-kanak akan melalui
tiga saringan setahun, bertujuan mengenal pasti sama ada mereka perlu mengikuti
program Literasi dan Numerasi (LINUS) jika mempunyai ketidakupayaan dalam
pembelajaran.
Saringan akan dibuat
pada Mac, Jun dan September.
Mengikut dokumen Program
Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju – Ringkasan Eksekutif, tujuan program itu
adalah untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai
literasi asas (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun
pendidikan sekolah rendah.
Bagi tujuan itu, modul
literasi dan numerasi yang baru dibentuk dengan konsep mudah difahami akan
diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi
konsep yang dipelajari.
Latihan hampir 17,000
guru untuk mengajar modul baru LINUS juga telah berlangsung sejak November tahu
lepas dan awal tahun ini.
Sehubungan itu,
pemantauan dan penyelesaian intensif ke atas kira-kira 100 peratus sekolah yang
tercorot oleh para pegawai dan pendidikan di peringkat negeri dan daerah akan
dibuat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
Bagi memantapkan lagi
program, fasilitator pakar yang dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di
Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru literasi dan numerasi sekolah.
blog yang menarik
BalasPadamsemoga objektif program LINUS ini tercapai sepenuhnya.
BalasPadamCasino Review - Jordan17: Casino Online, Sportsbook - Airjordan
BalasPadamRead a detailed air jordan 18 retro racer blue great site review of 승인 전화 없는 토토 사이트 our experience and discover the casino. All the show air jordan 18 retro men features of the site include the bonuses, get air jordan 18 retro varsity red promotions and air jordan 18 stockx for sale customer support.