Isnin, 26 November 2012

Video Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


Salam :) Bangsa yang suka membaca adalah bangsa yang berjaya . Hal ini kerana , bangsa yang banyak membaca mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara . Manusia yang banyak membaca , banyaklah faedah yang dia perolehi . Manakala manusia yang kurang membaca , kuranglah benda yang dia perolehi . Oleh itu , sebagai manusia kita mestilah kena banyak membaca sekiranya kita hendak berjaya pada masa hadapan kelak . :)



Sabtu, 17 November 2012


PENDAHULUAN
    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

MENYUSUN STRATEGI       
  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  1. Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID-MURID
1.      Pemerhatian.
2.      Temubual / soal selidik.
3.      Hasil kerja murid.
4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6.      Ujian diagnostik.
7.      Ujian bulanan.




CIRI-CIRI MURID  PEMULIHAN KHAS

1. Emosi dan Tingkahlaku
§  Perasaan rendah diri.
§  Perasaan risau.
§  Perasaan sedih, hiba atau duka.
§  Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
§  Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
§  Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
§  Pasif.
§  Malas

2. Sosial
§  Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
§  Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
§  Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
§  Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
§  Menangis – enggan masuk darjah.
§  Hyper aktif.

3. Kesihatan
§  Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
§  Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
§  Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
§  Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
§  Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
§  Kurang menjaga kebersihan diri.

4. Kesediaan Belajar
§  Belum bersedia untuk belajar.
§  Perbendaharaan kata kurang.
§  Lemah pemahaman.
§  Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
§  Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5. Pengamatan
§  Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
§  Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
§  Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
§  Lambat mengkelaskan benda.
§  Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
§  Tidak dapat menyelesaikan masalah.
§  Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
§  Tidak kreatif.
§  Lemah pergerakan dan perbuatan.
§  Lemah daya pemikiran/ingatan.
§  Tidak boleh mengingat kembali.

6. Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
1.       Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2.      Rekod-rekod prestasi
3.      Rekod kesihatan
4.      Kerja-kerja harian murid
5.      Melalui pemerhatian
6.      Punca-punca lain yang diperolehi

Jumaat, 16 November 2012

Senarai Tugas dan Peranan Guru Pemulihan Khas



 Apa yang saya catatkan di sini adalah berkaitan dengan bidang tugas Guru Pemulihan Khas/Guru Khas Pemulihan sebelum wujudnya program LINUS pada tahun 2010. Setelah adanya program LINUS, bidang tugas guru pemulihan khas telah bertambah di mana guru pemulihan khas juga berperanan mengajar murid-murid LINUS kategori tegar ( tidak menguasai konstruk 1 dan 2). Murid- murid kategori ini adalah murid-murid yang belum menguasai kemahiran mengenal abjad dan suku kata KV.

 Catatan tentang senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini berdasarkan dua sumber rujukan iaitu:

1. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 2. Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
Terdapat sedikit perbezaan jumlah waktu mengajar seminggu bagi guru pemulihan khas jika merujuk kepada kedua-duanya.

 SENARAI TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS
 Catatan senarai tugas Guru Pemulihan Khas ini adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
 3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid
4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
 5. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
6. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid - murid.

 Agihan waktu mengajar guru pemulihan khas adalah seperti berikut:
 Tahun                                  Mata pelajaran                                                       Jumlah                                                                                                                                                      
                             Bahasa Melayu                          Matematik                                                1

2                         8 kali x 30 minit=240            7 kali x 30 minit=210                      450 minit                                
3                         8 kali x 30 minit=240            7 kali x 30 minit=210                      450 minit   Jumlah                                            480 minit                            420 minit              900 minit                              

*900 minit + 120 minit (waktu persediaan) = 1020 minit seminggu
 Waktu Panduan dan Persediaan (4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar.              

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Waktu Panduan dan Persediaan adalah seperti berikut :
1. Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid.
2. Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengemas kini rekod-rekod
4. Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.
5. Perbincangan dengan guru besar untuk meningkatkan pencapaian murid.
6. Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.

 TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS 
 Catatan ini pula adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.
A. Senarai tugas 
 1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3.
 2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal:
• Mengenal pasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas
• Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan.
 • Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan
• Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan
. 3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas.
 4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan.
 5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah
 6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan.
 7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.

 B. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut:
 • Masa untuk mengajar – 990 minit
 • Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul Waktu)
• Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah yang berkenaan. Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk:
• Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid
 • Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
 • mengemas kini rekod-rekod
 • Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
 • Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa
• Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid
• Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran
• Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid

 PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS 
 1) Peranan Penilaian (Assessment Role)
 • Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.
 • Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus.
 • Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.
 2) Peranan Preskriptif (Prescriptive Role)
• Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
 • Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.
 3) Peranan Pengajaran (Therapeutic Role)
 • Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai.
 • Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.
 • Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping sekiranya perlu.
 4) Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role)
• Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
 • Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.
 5) Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan:
 • Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan
 • Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek
 • Ibu bapa dan waris
 • Masyarakat
 • Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.
 6) Peranan Kaunseling (Counseling Role)
• Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman
 • Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.
 7) Peranan Advokasi (Advocative Role)
• Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri.
 • Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’.

Rabu, 7 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012



Majlis yang menjadi agenda wajib dalam taqwim tahunan sekolah ini menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar. 















Jumaat, 2 November 2012

Saringan literasi dan numerasi


Saringan literasi tiga kali setahun di sekolah
KANAK-kanak akan melalui tiga saringan setahun, bertujuan mengenal pasti sama ada mereka perlu mengikuti program Literasi dan Numerasi (LINUS) jika mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran.
Saringan akan dibuat pada Mac, Jun dan September.
Mengikut dokumen Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju – Ringkasan Eksekutif, tujuan program itu adalah untuk memastikan menjelang tahun 2012, semua kanak-kanak mempunyai literasi asas (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi selepas tiga tahun pendidikan sekolah rendah.
Bagi tujuan itu, modul literasi dan numerasi yang baru dibentuk dengan konsep mudah difahami akan diajar lebih awal lagi dan lebih penekanan akan ditumpukan kepada aplikasi konsep yang dipelajari.
Latihan hampir 17,000 guru untuk mengajar modul baru LINUS juga telah berlangsung sejak November tahu lepas dan awal tahun ini.
Sehubungan itu, pemantauan dan penyelesaian intensif ke atas kira-kira 100 peratus sekolah yang tercorot oleh para pegawai dan pendidikan di peringkat negeri dan daerah akan dibuat oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Bagi memantapkan lagi program, fasilitator pakar yang dilantik di peringkat daerah, ditempatkan di Jabatan Pendidikan Daerah, bagi membantu guru literasi dan numerasi sekolah.